Sunday, 4 April 2021

Kisah Hidup


ASSALAMUALAIKUM

Bismillah.. kasih dan salam dihulurkan melalui kata-kata yang indah.. Saat ini aku masih lagi meruntun jiwa masih mencari punca hati yang telah hilang.. Aku tuliskan rintihan ini buat sang suami yang telah pergi tampa ada jawapan yang pasti.. Bagaimana khabar mu saat ini? adakah engkau masih ingat pada diri ku yang masih menunggu mu sampai ke hari ini..!!!

Wahai sang suami,, andai engkau mengetahui panjangnya kisah kita ini tampa kau sedari berkali-kali engkau lukai hati ini sehinggan retaknya hati dan jiwa ini.. Andainya Engkau tahu setiap perbuatan mu itu aku maafkan setiap kali engkau lukai hati ini.. Isteri yang mana tidak kecewa tidak menagis atas perilaku yang engkau lakukan saat aku sang isteri memegang erat cinta ini demi sebuah rumah tangga yang bahagia.

Saat engkau memberanikan diri engkau untuk membongkarkan rahsia perkahwinan ini aku sudah mulai redha, dan bersedia dengan apa yang akan berlaku.. Saat itu satu je harapan aku engkau datang untuk berterus terang kepada mak ayah aku, dan engkau bawa aku bersama-sama bina balik mahligai yang sudah hancur,, tetapi apa yang berlaku engkau sendiri yang lari dari kenyataan hidup yang engkau harus tempuhi dan engkau hadapi saat dalam gelombang rumah tangga..

Wahai sang suami,, dimana engkau saat aku dipalau dan dipukul bertubi-tubi oleh keluarga.. Saat itu aku tiada lagi perlindungan.. Menagisnya aku teresak-esak menyebut nama mu.. Pada malam kejadian handfon aku di rampas dan aku diarahkan supaya tidak boleh lagi bertemu dan berhubung dengan mu.. saat itu aku mulai terkapai-kapai mencari hala tuju hidup ku.. perlahan-lahan aku melangkah tampa mu.. 

Hari demi hari aku berdoa agar ada sinar kembali dalam hubungan ini.. aku terpaksa bediam diri terpaksa ikutkan hasrat keluarga ku kerana aku tidak mahu mereka terluka lagi.. Aku terpaksa ikut kemahuan mereka untuk tidak meneruskan lagi perkahwinan ini.. Setiap kali kita bersua muka di mahkamah saat itu air mata ku mulai gugur jantungku berdekup dgn kencang kerana aku tidak dapat menahan rindu setelah bertahun lamanya kita berpisah..

Saat engkau melafaskan cerai aku mulai meruntun jiwa kembali.. Saat itu aku harus menahan sebak buat kali terakhir pertemuan kita.. Andainya engau tahu wahai sang suami ku.. Aku selalu berdoa agar kita disatukan kembali dan mengubah hidup ini dengan cinta yang baharu.. andainya engkau mengetahui aku selelu menuai benih-benih cinta hanya untuk mu.. Hati aku sudah tidak mampu lagi aku berikan pada mana-mana lelaki lain selain mu, yang pernah bergelar SUAMI..!!!

Seandainya Engkau tahu setiap perbuatan mu itu aku telahpun maafkan sekian lama,, kerana aku tidak mampu menyimpan dendam atau rasa benci terhadap suami ku sendiri.. 

PersoalanKU.. adakah Engkau wahai sang SUAMI engakau mesih lagi membuka hati mu untuk ku? jika benar hati mu itu masih lagi untuk ku,, sudikah Engkau dan Aku mulakan hidup yang baharu? membina masjid yang indah dengan cara yang betul..?

Besar harapan ku pada Mu wahai sang suami.. agar engkau mendengar rintihan rindu ini.. salam sayang ku buat mu.. 


https://youtu.be/iccWHlx9dR4 


No comments:

Post a Comment